'Every soul shall have a taste of death' -surah Al-anbiya - verse 36
Daisypath Happy Birthday tickers

click tabung saya :)

nota penting !

kalau nak comment apa-apa , silalah tekan 'Link to this post' bawah entry . Maaf di atas kenaifan dan kebutaan IT ini . aku dah cuba banyak kali nak fix this problem , but gue enggak berjaya . sorry geng .haaa alang-alang dah datang blogwalking tu , apo salah ea follow sekali kan ? nanti den balas lah balik .

Sunday, September 20, 2015

The new beginner .

Assalammualaikum w.b.t

*tetibe mati akal nak mula apa ? padahal tadi dok beriye on laptop , berlagak taknak update pakai phone sebab tak puas nak menaip , pemalas nauzubillahiminzalik nak delete bila tersalah touch huruf . Gigih on hotspot yang slow sebab alasan yang sama lah gigih semangat nak menaip . But , bila dah depan laptop nak mulakan ayat tetibe .......'errr, macammana aku nak mula ni ?' padahal esok ada quiz MA . tak de pulak aku dok pulun nak study kan ? hmmmmmmm .....

Hye semua ! kepada yang dah lama tak blogwalking aku tuh , haaa nak habaq maiyh ,ceq pun dah lama gilaaa tak BW hampa semua . Aku gigih bace blog fatin lyana , maria elena & Diana ishak jaa . hampa famous dulu , baru aku baca naa . (kengkonon aku ingat , aku pun dok famous sama ) please !

pada yang rajin menyetalker aku tuh , (read: STALKER) walaupun takde , tapi aku rasa macam dok ada , sorry aku dah delete all my post walaupun aku dah mula blog ni masa zaman aku PMR , zaman buku sejarah langsung aku tak pernah baca sampai ke tengah muka surat , zaman aku tak tahu undian kerusi berapa menang , haaa aku dah delete pun post aku semua .

soalan hati : tak sayang kaaa post post tu semua ?

jawapan hati  buat apa , kalau ayat ayat boleh mendatangkan dosa . (read: banyak mencarut)

soalan hati : kalau setakat gambar je , boleh delete kan ?

jawapan hati : tak rajin aku nak delete gambar satu satu . nak selamat baik aku delete terus post .

ahkak stress tengok gambar gambar ahkak bermaharajalela di google image bila google nama sendiri . Rasa macam dosa berterusan macam air . See , google nama sendiri kau . punyalah desperate . haha

buat adik adik yang baru nak kenal dunia and korang korang diluar sana juga , stop laa post gambar yang tak menutup aurat sempurna . ni kalau dah mati ni , susah nak menanggung azab ni . perghhh , tak sanggup !

tetibe aku nak share satu kisah .



Image result for tarbiah sentap


al-kisah , masa tu adelah seorang ukhti ni pergi PWTC dengan kawan dia sebab masa tu ada book fair . Masa book fair tu punyalah banyak buku tentang ukhrawi tetapi ukhti ni masa tu masih diambang percintaan , bunga bunga cinta macam masih tak sedar tentang hakikat dunia itu sementara and rasa nak buang masa begitu sahaja kerana dia lupa masa itu emas so dia banyak habiskan baucar buku   RM 150 dia kepada novel novel cinta and tah apa apa buku macam tak bermanfaat sangat ,padahal at the end tak baca pun . lepastu dah membazir . Andai boleh diundurkan masa , nak je ukhti tu grab segala buku yang bermanfaat cerita fasal akhirat , pengetahuan and so on sebagai knowledge . tapi hakikatnya , masa tak boleh diundurkan . Benarlah pepatah arab ada mengatakan ,"Masa itu ibarat pedang,jikalau kamu tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu ".

so bila ukhti tu rasa nak berhijrah , rasa perlukan kekuatan sebab dia tak tahu nak mula dari mana ? dia masih terkeliru dengan keputusan dan diri dia sendiri , so dia mencari cari intipati isi hati nurani . Lantas , mencari cari "TARBIAH SENTAP" malangnya tidak berjumpa ! sedih merudum jiwa . "dulu masa ada takde pulak kau hebohkan , sekarang bila kau perlukan susah nak jumpa !" tempik hati kecil ukhti tu . See, bila ade depan mata hargailah kerana kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita ?.

Lama...... barulah ukhti tu dapat the buku tu . itupun beli melalui online . Padahal sebenarnya , ukhti tu boleh je baca melalui website www.tarbiahsentap.com.my tapi nak juga mencarik , At the end sampai sekarang pun ukhti tu tak bace habis tarbiah sentap tu . ish ish teruk punya perangai .
Bila mana adik ukhti itu nak pinjam buku tu , ukhti tu dengan poyonya cakap " nantilah , aku tak habis bace laaaa" padahal , ukhti tu banyak bace buku lain dulu . ya Allah , teruknya perangai ukhti itu .

Tetapi , ukhti itu prefer baca dekat website tarbiyah sentap okeyy sebab dekat buku tu pun banyak ambik dekat page dia je , so takde masalah pun nak bace , nanti raya haji aku bagilah adik aku bace (tetiba aku ) .

Ok stop fasal cerita ukhti sebab memang dah the end or aku dah takde idea nak sambung ~ lulz .

Buat korang yang tertanya tanya ,apa bende tarbiah sentap tu . pergilah beli and bace or pergilah klik website dia . aku dah memudahkan pencarian dah tu and try hadam and sentaplah selagi mana korang masih mempunyai iman .

Bila aku bace the tarbiyah sentap , Allahuakbar rasa macam diri ini dosa penuh dalam diri derr , rasa macam kalau bewarna dah hitam legam diri aku ni . Rasa macam takde satu kebaikan aku buat sebab tu lah , dok ingat tak salah apa yang kita buat selama ni , padahal ~ SALAH IS SALAH .

Bila bace , rasa macam muka kita kena tomoi . dush dush dush kena . Dada bengkak tetibe . Haish , sampai bila aku nak macam ni . ingat syurga murah ke ? senang ke nak masuk ? haishhhhh jangan mimpi lahh kalau duk senang lenang dapat syurga . tetibe enjoy sakan , masuk syurga . mana datang derr ~ Rasulullah yang dijamin syurga pun , solat sampai bengkak kaki sebab rasa syukur pada Allah SWT , ni kita lagi tak tahu mana tempat kita dah berangan syurga firdausi walaupun solat tak on time , kusyuk tah kemana ..

akhir kata , tepuk dada tanya iman .

Selamat beramal !:)



Geng Geng Steady !